30 November 2010

Doa-doa Harian

ehem..
aku tak tau nak cite ape ari ni..huhu
then, tringat something..aku nak bgtau doa ape yang aku slalu bace tiap2 hari
first doa sblum tidur
doa bgn tidur
doa keluar rumah


doa ketika masuk tandas


doa keluar dari tandas


doa makan


doa ketika terlupa membaca doa makan (aku slalu bace yang ni..huhu)
doa selepas makan


doa hindar dari azab api neraka
doa anak untuk kedua ibu bapa


ni lak doa yang aku nak amalkan pasni..

doa nak hindar sifat malas ngan
doa bila melihat langit..huhu




25 November 2010

My Gadget.

ari ni rase rajin lak nak upd8..huhu
erm, mase blogwalking (bloglaying ade la.haha) ari tu, aku d nampak sorang nih cite pasal gadget die..
so, aku pun nak gak crite aku nye..haha..kk, first aku nak cite sal lappy aku lu.

 
ni bukan gamba lappy aku, tp lappy ni sbijik cam aku nye..haha..aku pkai lenovo SL400.. ni ayah aku blikan mase aku nak masuk matrik dulu..lappy ni bgus tau..dlm bnyak2 lappy yang aku tgk, lappy ni agak kuat. sbb pe aku ckp kuat,biasenye kalo lappy laen msti kne pasang ngan fan die, kalo tak die jd panas..differ ngan lappy yg aku pkai ni, agak susah die nak panas..ltak atas tilam pun tak de pape..huhu..ni yg wat aku syng lappy ni..




 
kalo da pakai lappy, msti kne ade hard disk..ni la hard disk aku..huhu..aku bli time die baru kuar, so mhl sket la..size 320 gb..n aku tak suke warne die..biru. haha


 
speaker ni aku bli kat tesco, ade promotion time tu, 30 lebih je..kalo skang, hrge die dlm 40 lbih gak la..ade jual kat sri komputer kat lo yat tu..aku suke psng mende ni kuat2 tiap2 ptng..huhu




ni lak aku nye mp3..aku mmg tak suke wane biru, so aku bli wane biru gak mende alah ni..haha

Samsung ES75..14 megapixel..n kaler die bukan wane hitam..tak tau nak ckp wane ape..tp mcm purple yang agak2 hitam jugak..cantik design die..aku bru bli 2 hari lepas..hehe..ayah aku treat..huhu
ps2 lak aku bli ngan adik aku yang no 3..ktorang smpan wit dlm 2 bulan gak la..pastu dpt la bli satu..tp skang ni, mak aku smpan ps2 aku ni kat office..sbb time aku tak de kat umah, adik2 aku yg len sume tak blaja..haha..pdn muke dorang..
ni la hp kesayangan aku..walaupun aku pkai baru sthun stgh, tp die da wat hal da..hak2..sbbnye, aku ni gns..mane tak rosak..tp, aku still syng hp ni, sbb bnyk bntu aku wat kje..time tak de tenet, aku gune hp ni nak bukak fesbuk ngan check email sume..time tu nga free, tp skang, da tak bole da..haha

k da cukup ngan gadget yang aku ade..time 4 my wish list..huhu

skang ni aku nga saving..maybe time cuti midsem uni nanti, aku nak bli hp baru..replace hp ksayangan aku yg da rosak tu..huhu
ni la hp idaman aku, lepas brape kali g survey kat lo yat sane, aku da dcide nak angkat hp ni..

Sony Ericsson Vivaz Pro..hp ni mmg memenuhi sume ciri2 hp yg aku nak..ade qwerty,full touch screen,wifi, ngan mende2 lain la..haha (aku tnggu wane biru kuar, baru aku bli..)

n ni,satu lg brng yang aku nak

Sony PSP..huhu..aku nak 3000 nye..tak tau sbb ape, aku suke lg yang ni..compare 2000 ngan 3003..may b sbb size middle dr 2 model yg aku sbut td kot..haha
k la, ni je gadget yg aku ade skang ni..2nggu aku da kje nnti, mcm2 aku bli lg..haha

p.s : aku suke barang sony..huhu

21 November 2010

Hari Kiamat

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

 Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain. 

sumber : Amar Sufi

Reblogged from : http://mohdimranyusof.blogspot.com
p.s : ya Allah, ampunilah dosa kami, hamba Mu yang menggunung ini....

20 November 2010

Cuti..^^

Assalamualaikum sume..
haha, lame da tak upd8 blog ni..hari tu rumet aku da bising suh upd8..
sbb ari ni tak tau nak wat ape, so aku upd8 la..haha

skang ni aku tgh cuti sem 1. ktorang cuti dlm sbulan lbih jugak la.. spatutnye, aku kne g wat siep, tp borang A pun tak anta lg.. MALASnye!!!!!!!!

k la, nak cite pasal cuti aku yang da sminggu ni..
start dari jumaat pg, aku naek flight dari kota bharu..thanks kat sume membe yang sudi anta aku smpai airport kb.. kalo tak de korang, mncanak aku nak call teksi pepagi ngan bawak beg bnyak..pas trun dari flight kat subang, ayah aku ambik n almost one day lepak kat office ayah smpai tak tau nak wat ape..haha
sbtu lak, trus balik kg..smpai ahad..
isnin lak, aku tak kuar umah.. satu hari depan lappy ni, mendonlot..
selasa aku g lo yat ngan adik..nak cari spare part lappy aku yang patah ni..pusing pnye pusing, satu lo yat tak jual spare part lappy aku..adeh~. nak tak nak, tpakse la order brng kat tenet ni..da la leceh, procedur pun aku tak tau..kne tnye orng yg bpngalaman nih..
rabu lak raya aji..aku balik kg malam slase tu..jem die bukan men truk lg..kalo pjalanan dr kl nak g kuala slango slalunye tak smpai sejam lebih, tp ari tu jem die truk..almost 3 jam lbih ktorang tprangkap..smpai umah kat kg dlm pkul 1 pg gak la..aku trus tido je time smpai umah tu..ptng tu jgak balik kl..sbb khamis ade orang nak sewa umah..ktorang balik sbb nak kmas umah tu je..huhu
khamis aku kuar ngan ad, bayaan ngan wan..mle2 g KLCC jap..wan ade prob ngan die nye no maxis..so ktorang lpak jap kat maxis center tu..pastu ktorang g makan kat sungai wang..last skali ktorang g lo yat..rupe2nye bayaan nak bli handphone..ktorang lpak satu kdai kat lo yat tu,kdai tu mmg bgus..die ajar ktorang camne nak bli hp ori..bayaan angkat nokia C6..full set ori..rm860 je..aku jelous..wakaka
da abis bli hp, ktorang g men boling kat ts jap, then baru balik umah..huhu
jumaat, aku tak tau aku wat ape..slain dr g solat jumaat, time yang len aku tido je kot..huhu
skang ni ari sbtu, dr pg td non stop sneezing..last2 sakit tkak, n skang ni nga ase nak dmm..alhamdulillah..suke aku dpt demam..sbb tu tandenye Allah ingt kat aku lg..aku bsyukur sngt2..^_^v

k la, aku nak kemas bilik balik ni..da mcm sarang kucing da..hahaha
pnuh ngan plastik biskut coklat feveret aku..
bile aku rajin nnti, aku upd8..

p.s : ni aku da upd8 da mirul..len kali aku nak cite sal korang la pulak..haha