Aku nampak kan, dalam dua minggu ni, banyak orang datang blog aku sebab nak tau macam mana rupa UMK Kampus Jeli kan? Untuk nak bagi surprise, memang aku tak nak la masukkan gambar kat dalam ni.haha. Korang kene datang dulu, dan tengok macam mana rupa Uni ni nanti. First of all, jangan risau, Kampus Jeli ni kampus baru. So, sume equipment baru dan tempat ni sangat kondusif untuk korang nak belajar. Betul.
Untuk pengetahuan adik-adik yang bakal masuk disember ni, kat Jeli ni bukanla macam tempat korang tinggal ataupun macam Uni lain. Walaupun ada bandar Jeli, but then tempat ni belum developed sepenuhnya. Contoh macam pasaraya, still tak ada lagi dekat situ. Buat masa sekarang, kalau kitorang nak shopping barang pun, mostly akan pergi ke petronas yang terletak 5 km dari kampus, atau kitorang sewa kereta pergi Tanah Merah (40 minit perjalanan).
![]() |
| Tada!!haha. dalam satu gambar ni da cite semua. Ni aku buat pakai paint je nih.haha. Bole la ni, ade la sikit rupe bentuk kampus ni. |
Seperti yang korang lihat dan nampak, ni sedikit sebanyak landscape U ni. Amacam? Kecik lagi ni. Dekat belakang ada lagi tambahan. Buat masa sekarang, kita akan guna bahagian ni je. Yang bahagian kosong tu still ada tambahan. tapi aku tak pasti lak die nak buat apa. Tunggu dan lihat je la nanti.
Untuk first year nih, korang akan belajar benda basic lagi. tak khusus dalam course korang. Buku time matrik dan tingkatan 6 still guna untuk first year ni. Jangan la buang. Senang nak buat reference. Ha, lagi satu, kalau korang ada lab coat, bawak jugak. Tak yah beli baru. untuk first year ni jugak, korang banyak guna lab.
Ape lagi ye..erm, mesin basuh ada. R.O pun ada. kalau malas basuh baju, dobi pun ada. Nak sewa kereta, ada kedai sewa dekat sebelah U, koop pun ada rasenye. Setiap hari Selasa, Khamis dengan Sabtu ada pasar pagi dekat bandar Jeli. Untuk pelajar lelaki, dekat sini ade 3 masjid untuk solat jumaat, satu dekat gemang, satu kat lakota and satu lagi kat bandar jeli, and jangan risau, bas disediakan.
Cukuplah aku cerita banyak ni. At least korang da dapat sedikit sebanyak info kan? Banyak benda best kat jeli nih. Da masuk nanti, rajin-rajin la bejalan tengok tempat ni (banyak sungai dekat sini). Biar kenal tempat orang, betambah pengalaman kite. InsyaAllah
p/s: Nah. pergi sini, Persatuan Mahasiswa UMK Kampus Jeli
p/s/s: Selamat Berpuasa!
