22 September 2011

Refleksi

Assalamualaikum

Disebabkan ada student dekat dorm ni ade yang reti hack wifi, thanks to him, aku tak yah nak g jauh nak on9. This is best bro~ Topik hari ni, just nak luahkan rasa kecewa sikit la. Hobi aku skang ni, memang suka bukak fb Najib Razak, tengok dorang berbalah kat situ, ade yg agak berinformasi, ade yang macam sampah. Bukan ni yang aku nak tekankan. Just satu isu je yg buat aku panas telinga baca statement dorang. Tolonglah jangan hina Tuan Guru Nik Aziz. Sebagai ulamak, beliau spatutnya disegani. bukan dihina sampai macam tu.

Aku tak tau ape punca dorang marah sangat ngan Nik Aziz. Kalo sebab statement dalam berita ngan surat khabar, tu sume putar belit je. Korang pernah tak dengar statement yang keluar dari mulut beliau. Tindakan aku hari ni tak menyokong mane-mane pihak, just, Ulamak tu penyambung warisan nabi, sepatutnya, perlulah kita hormati. Sedar tak sedar, makin berkurang ulamak yang ada dalam negara ni. Tak tau pulak yang luar negara. Aku pasti sume tahu, cara Allah tarik balik ilmu yang diberi ialah dengan mematikan ulamak atau guru. (kalo salah tolong btulkan, tiada rujukan dibuat, hanya sekadar memori yg tersimpan -ingatingatlupa-)

Aku pun tak sempurna, kalo aku tak puas hati, memang aku suarakan, mungkin kadang-kadang, terlepas tu ade, tp aku cuba jaga. Just kebelakangan ni agak teruk sikit, sedikit demi sedikit kata keji tu kuar la jugak. Pengaruh movie dan blog banyak mengubah aku. Ayat yang spatutnya haram bagi aku, aku da brani sebut. Aku rase beban dosa tu, tp aku tak kuat nak menghalangnya. Yang tinggal harapan, memohon ampun dan bertaubat semula. Eh, lari tajuk lak.

back to the story, aku sedih sangat dorang kutuk tuk guru camtu. pernah sekali, aku menangis bila ade orang cakap hukum hudud tak patut dilaksanakan di Malaysia. Apa salah nya hukum hudud? Bagi sesiapa yang tak pernah memahami hukum hudud, mesti akan persoalkan. Padahal, hukum Allah ni paling terbaik dan InsyaAllah, dikurangkan beban azab di akhirat nanti. Korang nampak kan kaitan hudud ngan cerita tuk guru ni kan? ape yang aku nak tekankan kat sini, kalo hukum hudud dipersoalkan pun aku menangis, apatah lagi kalo Ulamak seperti beliau dihina.

Aku memang tak pandai nak beri pendapat pasal isu ni, tp ni luahan hati aku. To all people out there, please, stop making jokes of our ulama and stop using the dirty word. Runtun rasanya bila baca korang tegar buat camtu ='(..Islam Is Easy, don't make it hard. Lakukan amalan dengan Ikhlas dan bersungguh-sungguh, insyaAllah, kita akan bersama-sama dengan orang-orang yang beriman. =)

p/s : Ini ialah refleksi. Muhasabah diri membentuk peribadi!
p/s/s : memberi penerangan amat sukar bagi aku, harap paham sendiri la ye!~

20 September 2011

Beginning

Assalamualaikum

Yes, aku da bebas. haha. Selama dua minggu ni aku busy dengan konvo pertama U ni. Da la balek awal semata-mata nak training. Padahal menda skjap je. Tp memang berbaloi. Kitorang dpt bnyak gak pujian semalam. Tp yang audience tak tau, lagu tu sume kitorang da siap rekod dekat studio. So, memang keje kitorang senang da. tak yah nak nyanyi jerit-jerit. Oh, aku join koir.

Nak masuk gambar, takde pulak. Tp gambar yang memalukan aku ade la. Atas dasar rase malu, jgn harap aku nak letak dalam ni. aha. Sebelum konvo ni jugak, aku involve tuk wat persembahan nasyid dekat bachok tuk pesta konvo. Tp training dua hari, jgn diharap la show tu perfect, aku nyanyi pun tengok lirik. Stage pun agak kelakar, bole lak nari ngan kitorang. Goyang kanan, goyang kiri..pui!

Starting from this week, aku da bole g klas macam biasa. Tak perlu nak stay kampus dari pagi smpai tgh malam, training ape bagai. lega gila!. penat tau tak nak ulang alik kampus ngan asrama. Da la, aku tak de mood nak menulis. bukan ade orang bace pun. chow!~

p/s : aku bukan orang penting bagi sesiapa.. gelak la~

13 September 2011

New Sem!

Assalamualaikum

Minggu lepas aku agak busy sedikit. Therefore, tutup blog sekejap. Tak kena hack pon. kalo kene hack, takkan nak pasang lagu Uni aku kot.haha

Officially, sekarang aku da berada di tahun 2 pelajar Sains Sumber Asli Universiti Malaysia Kelantan. Senior lah name laennya. Cam tak caya lak. Sekejap je da tua.haha. Aku mungkin tak update blog ni sngt, sbb internet ade pun cam takde, and most of the time aku dihabiskan dekat kampus. so, mmg levo (nama lappy aku, lenovo) sgt jauh dari mata. tah bila tah lappy ni ade name, aku pun tak tau.haha

Minggu pertama cam biasa la, mood belajar pun takde lg. tambah lecture lak sume lecturer dari luar, sepatah haram pun aku tak paham ape dorang ajar. ok, sikit je. mostly, aku just melukis je atas nota yg aku salin. lagi seronok. Sem ni jugak sem paling tak menarik. mane tak nye, sume pelajar senior kena duduk luar. luar means bukan rumah sewa, but u still gives us hostel or as we would say dorm. da macam budak sekola pun ade gak. takde tempat lain ke nak bagi. kot ye pun, bagi la apartment ke, rumah ke. kitorang bayar yuran kot. da tau tak bg duk luar, sdiakanlah yg elok skit. adoi la~ ei, tensen lak ghaso tulih bendo aloh ni..geram!

aktiviti time bosan. Kredit to zackzukhairi inspired drawing, sangat sesuai untuk buat nota.

sebelum aku start tulis words carutan, di sini, aku nak mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pembaca blog ni. walaupun tak ramai, dan bosan, terima kasih banyak-banyak kerana masih sudi nak bace.
Arigatou minna! (aku ambik kelas jepun sem ni..terbaik~!)

da la, bile rajin, aku update lg..daa~

p/s : twit-twit!
p/s/s : sape da tengok meego n9? Aku sangat berminat..ade sape nak bagi?

04 September 2011

Empty

Aku baru sedar, diri ini belum cukup matang..minta maaf semua..