Assalamualaikum!
Hampir setahun bro. Hampir setahun tak update. Tahniah!
Buat apa je nak dekat setahun tak buka blog ni? *Hmmm* Aktiviti sama je la kot. Belajar, bermain, bercinta, berkerja dan segala ber ber lagi. (Justin Biber tak ada okay).huahua. Setelah berjaya menamatkan aktiviti viva fyp dengan jayanya, kami dengan secara tidak rasmi telah bergelar graduan yang akan berkonvo pada bulan 10 atau 11 tahun ni. Yeay! Tak sia-sia aku bersabar setelah hampir 4 tahun dekat Kelantan ni. Alhamdulillah....
Sekarang ni Aku tengah membuang masa menghabiskan sesi-sesi bergelar seorang pelajar dengan melakukan latihan industri dekat Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya. Ke Putarjaya? haha. Well tempat intern aku ni best sebab benda yang belajar dalam kelas dapat digunakan. Serius. Tak sia sia la memohon dan diterima masuk untuk melakukan latihan industri dekat sini. (Sebenarnya tak dapat satu tempat pun nak buat intern ni. Last-last, dapat EPU. Ini pun dekat minit akhir nak mula intern.hehe)
Sekarang ni, tengah sibuk untuk penyediaan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) dan juga penyediaan dokument SCP Malaysia (Sustainable Consumption and Production Malaysia). Jadinya dekat sini, Aku dapat tengok macam mana penyediaan RMK dibuat. Sebelum ni tengok sahaja kan pembentangan RMK kan. Ha, sekarang rasalah sendiri macam mana nak buat dasar dasar tu semua. Setelah hampir dua bulan praktikal dekat sini, banyak jugak benda baru aku belajar dan dapat ilmu baru serta pemahaman yang lebih semua benda yang pernah belajar dalam kelas.
Ada banyak lagi benda aku belajar, pasal GGP (Government Green Procurement) la, Projek-projek yang melibatkan JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran), macam mana nak kendalikan meeting besar, interact dengan pegawai pegawai atasan, dato', datuk dan segala macam pegawai lagi lah dan juga dapat jumpa pegawai dari macam macam kementerian dan bos besar NGO yang terlibat dalam sektor environment ni.
So, itu lah sedikit sebanyak aktiviti internship Aku. Masih berbaki lagi dua bulan. Apa lagi benda baru yang akan didedahkan dalam masa dua bulan ni. Kita tunggu dan lihat ya. Nanti Aku update blog ni lagi. Hari ni pun atas permintaan C.H. Beliau kelihatan sangat bosan dipejabatnya.haha. Ok lah, cukup sampai sini dulu. Nanti update lagi
p/s: Rasanya bercinta bukan benda sama. Itu benda baru.hehe
p/s/s: lalalala~