Hari ni aku nak bagi tutorial tentang cara nak format laptop. Format laptop ni tak susah mana pun. ikut je step by step yang aku bagi ni, and there we go, new and fresh operating system for your window..
Orait, first skali, ade 3 benda yang korang kena ada untuk format laptop nih.
1. Pendrive (sekurang-kurangnya, 8gb)
2. Software-software yg berkenaan:
- Windows7-USB-DVD-tool
- Operating System (contoh: Window 7 Ultimate)
3. Hard disk ([kalau boleh], senang nak buat backup)
Procedure:
Create bootable device
- Ok, pertama sekali, install Window 7 USB_DVD tool dalam laptop or pc korang.Kegunaan software ni adalah untuk burn Operating sistem, contoh Window 7 Ultimate kat dalam pendrive.
- Selepas install Window 7 USB_DVD tool tu, klik application tu, pilih browse, search operating system yg korang da siap download td.
- Kemudian, dekat step 2, tekan usb device, dan akan masuk ke step ke 3, begin copying. lepas step ke 3 ni, die akan format pendrive, dan masukkan operating system yg korang dah pilih td, dan buat pendrive tu jadi bootable device untuk install window dalam pc atau laptop.
Formatting PC @ Laptop
Sekarang, korang dah sedia nak format laptop.
- Restart pc
- Tekan Esc/f9/f12 (depends dekat laptop. tempat select boot untuk setiap model laptop/pc berbeza.kalau nak tahu mane button select boot device, time nak bukak laptop, dia akan tulis dekat bawah logo laptop korang.contoh cam lenovo, f12)
- Nanti akan keluar pilihan nak boot device. korang akan pilih yg tulis usb (contoh macam gambar sebelah ni), then tekan enter.
- Later, die akan boot system dari pendrive, dan akan masuk ke paparan depan window 7. (lihat gambar di bawah).
- Klik Install now, dan ikut segala procedure yg die nak.
- Nanti korang akan sampai ke 'which type of installation do you want?', dekat sini, pilih 'custom(advance)' dan korang akan pilih nak simpan window dalam drive yg korang nak. Kat sini jugak, korang boleh buat partition dan susun berapa banyak satu drive korang boleh tampung. Katakanlah, internal hard disk korang 500 gb, so korang bole letak drive C sebanyak 100gb dan baki tu untuk drive D. (ini terpulang macam mana korang nak susun)
- Da siap susun, tekan next dan kemudian Installation akan bermula. Selalunya, format akan siap dalam masa setengah jam
- Bila dah siap, nanti akan keluar pilihan untuk letak nama pc dan password. Kalau dia minta window key, klik skip atau next tanpa isi key yang diminta dan untuk pilihan update, just allow je update tu.
- Dan pc anda siap diformat.
Driver & Accessory software
- Penting untuk korang backup driver sebelum format sesebuah laptop atau pc. Kebiasaannya, driver punya software, banyak yang dah siap di-backup dalam drive C. Contoh macam asus, software driver die dalam folder eSupport. Copy paste je driver tu dalam hard disk atau pendrive korang.
- Kalau pc tu tak provide driver, korang boleh dapatkan balik driver tu dekat internet. Cari je nombor model laptop dan download mana yang penting.
- ** penting! guna software ni untuk jadikan window korang ori.
- yang ni just aksesori je. terpulang juga nak install atau tidak.
- Adobe Reader
- CCleaner
- Flash Player
- Google Chrome, Mozilla Firefox
- VLC Player
- dan lain-lain. Semua software ni boleh dapat dekat SINI.
Ok, kalau macam laptop da tak boleh nak boot window, lepas tu rasa nak format, ada banyak cara nak dapatkan data dalam hard disk, yg pertama, keluarkan hard disk, sambung kan dengan adapter, jadikan hard disk tu sebagai external. Baca dekat sini (JomPHP), atau satu cara lagi, sebelum format window, ada pilihan untuk repair window, dari situ pun bole access ke dalam hard disk, dan cari file-file yang penting, copy dan paste kat dalam external hard disk. Ada cara lain lg, jadikan pendrive sebagai hard disk, dan boot window dalam pendrive, dan backup file dalam laptop @ pc. guna software 'minixp'.
Oklah, aku rasa cukup kot sampai sini. Kalau nak lebih detail, boleh rujuk youtube dan cari blog-blog IT yang lebih pakar. sekian.
p/s: lama jugak tak update blog.
p/s/s: next entry, Flashing Handphone. *Nokia 5800

