30 March 2011

Glee - Marry You


p/s : i am a gleek..wahha!~

29 March 2011

Snapscreen

Berikut merupakan gambar-gambar yang diambil dari handphone aku. Software diperkenalkan oleh rumet kesayangan aku, syafiq.(^^,)'

Ni wallpaper ye..
wah! da seribu..=P..haha

ada banyak lagi gambar, tapi aku malas la nak masukkan. yang ni pun cukup la.daa~!

p/s : ^^

Lukisan

Assalamualaikum

lama la pulak tak update blog ni. minggu ni memang tak ada idea langsung. kalau setakat nak cerita aku menang krisma, aku tak rasa benda tu penting.haha. sebabnya, aku main hari tu teruk gila. banyak easy ball aku tak boleh ambik. demam time tu bukan alasan aku tak boleh main, just...entahlah. rasa malu pun ada gak main hari tu. Oh ye, aku main bola tampar.

Okeyh, back to the title. yang dekat atas ni tak ada kaitan pun dengan post aku kali ni. saje je pembuka cerita.haha. Hari tu aku ada download satu software untuk phone kesayangan aku, named 'paint studio'. Software ni memang best, time aku boring dekat dalam kuliah tu, aku main benda alah ni. Ni salah satu hasil kerja aku time dalam kuliah asas keusahawanan hari tu.huhu



Fine, memang tak cantik.haha. tak kisahla. yang penting aku happy.lalala~..Orait, out of point lagi..haha..till next post lak.

p/s : Selamat Hari Lahir Secret Admire!..huhu

21 March 2011

Bila Hati Mula Bicara

Assalamualaikum.

post hari ni ditujukan sepenuhnya kepada aku.haha. Setelah hidup selama 20 tahun ni, dah macam-macam perkara aku lalui. Semuanya bercampur, ada yang manis, pahit dan juga payau?. Bagi aku, yang manis semua aku simpan sebagai kenangan terindah dalam hidup ini, manakala yang pahit tu, aku jadikan pengajaran. Jujurnya, pengalaman yang aku ada ni, sikit sangat compare dengan kawan-kawan aku yang lain. Mulai hari ini, aku akan cuba mematangkan diri ini, untuk menjadi seorang yang berjaya pada masa hadapan.

Sempena hari lahir aku yang ke-20 pada hari ni, antara azam aku untuk memantapkan peribadi diri ini ialah meningkatkan amalan ibadahku. Aku dapati, diri ni semakin hari semakin lalai dalam mengerjakan tanggungjawab dengan beribadat kepada Allah. Aku semakin banyak melakukan dosa, meninggalkan solat, kurang berpuasa, banyak bercakap, dan paling teruk sekali, aku mula tidak mengaji dan mengabaikan tanggungjawab aku sebagai hamba Allah yang lemah ini dengan tidak bertaubat memohon keampunan dari Nya. "Ya Allah, Kau ampunilah dosa hambamu yang banyak ini..sesungguhnya, aku takut dengan azab siksa kuburMu, bahkan api nerakaMu ya Allah"..='(

Pada kesempatan ini, aku ingin mengucapkan trillion terima kasih kepada Zuzu, Mira, Taufik, Ecah, Suguna dan Amalina, kerana korang sudi mengucapkan selamat hari lahir kepada aku.huhu. tak bermaksud aku lupakan kawan-kawan yang lain. Banyak juga post yang aku terima dari FB, cuma, aku sangat menghargai mesej yang dihantar melalui telefon, kerana, aku boleh simpan mesej korang and jadikan kenangan aku..=)..terima kasih banyak-banyak!!!

baiklah,cukup lah luahan perasaan aku untuk hari ni. Walaupun aku rasa agak malu nak tulis macam ni, tapi aku rasa berbaloi kalau aku ceritakan apa yang hasrat hati ini mahu. Sekurang-kurangnya, aku berkongsi juga apa masalah aku dengan korang juga kan?.

p/s : this is my heart saying..not me~

20 March 2011

Tips and trick #5

Guys, do you ever heard about RockMelt?. well, neither did i. After googling for some time and read from blogs, RockMelt is an internet browser, which its interface resemble the google chrome, but with a little advancement. That is, you doesn't need to open you facebook account, as when you open this apps, it will be automatically connected to facebook. Convenient right!~

FYI, i have try it, and kind of satisfied with it. Why don't you guys try it out?

get the software here RockMelt. Download the small file, and run it. It will automatically download the software and instal it to your PC or laptop.

preview :

p/s : enjoy it!~

.....

Assalamualaikum.

Aku belajar sesuatu hari ni.. Berhenti berharap~~


17 March 2011

Penat..=,='

Assalamualaikum.

Hari ni memang merupakan hari yang paling penat buat aku . Mane tak penat, dari pukul 2 aku dah pergi IPKB semata-mata nak setting tempat untuk perlawanan bola tampar yang kelab koko aku anjurkan . Lepas tu , dari pukul 3 sampai pukul 6 petang tadi , aku main bola tampar pula . Berhenti solat asar kejap , then sambung balik sampai pukul 7.30 tadi .

Bila fikir balik , aku sendiri tak tahu kenapa aku minat main bola tampar ni . haha . Maybe sebab ayah aku hebat main bola tampar , then bakat turun kat aku kot?..hahaha . Ok, aku memang tak larat nak tulis apa-apa lagi ni . So , bila aku rajin lagi , aku update .

p/s : siapa tahu gambar apa dekat bawah ni . and soalan lagi menarik , gambar ni diambil dari mana ?.haha


14 March 2011

Tips and Trick #4

Mozilla Firefox 4.0 RC has been released!!

check it out!~

Go to Filehippo.com to get the software.

13 March 2011

Pantai Cahaya Bulan

Assalamualaikum.

Jumaat dengan sabtu aku dihabiskan dengan menghadiri satu bengkel yang diadakan di Pantai Cahaya Bulan Beach Resort, dan bengkel ni ditaja sepenuhnya oleh HEP, dan aku dapat makan puas-puas..muahaha. Ok la, bengkel yang aku pergi ni, kalau tak salah pasal pengurusan kewangan kelab. Sebagai wakil kelab bola tampar UMK, aku dan setiausaha termasuk bendahari terpaksa pergi, sebab kalau tak, kitorang takkan dapat duit untuk sem ni, and apa-apa aktiviti yang dirancang takkan diluluskan.

Tak kisah la, aku pergi je sebab duduk dekat asrama ni pun bukannya buat apa pun. Pergi sana lagi best, dapat tengok pantai. Just ada berita yang mengejutkan semalam, iaitu ada tsunami yang melanda jepun. Aku terkejut juga dengar benda ni, terima kasih kepada Zuzu kerana memberitahu dan merisaukan diri ini..huhu..Jangan risau, sebab aku dah selamat sampai asrama da pun..huhu

ni antara gambar yang sempat kitorang photoshoot semalam dan hari ni :




p/s : Ombak dekat sane sangat tinggi..0_o..da boleh surfboarding da..

10 March 2011

Kereta

Assalamualaikum

Topik aku hari ni pasal kereta. Few weeks back, aku asyik terfikir pasal kereta je. Tak tahulah kenapa. Maybe sebab senang nak keluar. Lagipun aku da bosan duduk terperap dekat dalam bilik ni. Tu yang buat aku rasa nak pergi berjalan je. (arrgghhh, bosannya...)

Dalam beberapa hari ni, aku selalu sangat bukak perodua punya website. Sebabnya, aku nak tahu harga Viva. haha. Aku nak try pujuk ayah aku blikan aku satu.huhu. Kot-kot terbuka ke pintu hati ayah aku, dapat lak sebiji viva.happynya!!!..haha


tapi buat masa sekarang, aku tengah survey kelisa, and aku baru tahu, kelisa yang terakhir keluar tahun 2007. Ingatkan ada model baru. Hmmph, tak pe lah. yang penting ada kereta, sekarang ni tak kisah kereta apa pun.huhu. Aku nak berjalan!!!

Kelisa yang ni pun ok..
kenapa aku nak pakai kelisa?. Mesti ada sebab. First, compare kereta ni dengan kancil, cantik lagi kereta ni.haha. Spacious dia pun luas. Kalau dari segi handling, aku tak tahu la pulak. tak pernah bawak pun. Apa yang buat aku berminat dengan kereta ni, mestilah harga dia. Sepatutnya, harga dia dah tak cecah 30k. Maybe ayah aku boleh belikan aku satu. tu je sebab dia.huhu

Untuk pengetahuan korang, aku ni memang tak gila kereta banyak sikit.(bawak kereta? teruk lagi..muahaha. Aku selalu gak kena marah dengan ayah aku.huhu). Tapi, kalau ada benda alah ni, takde lah susah sikit nak keluar. Tambah nanti kena pindah pergi jeli, aku nak buat apa kat sana?. takkan tiap-tiap hari nak pergi hutan main dengan harimau kot..tak sempat main, aku da kena baham da. Dah la daging aku ni sedap.wahha~.haha

Aku rasa, aku mungkin takkan dapat kereta. sebab hari tu aku da minta motor. tak tau la pulak, kalau dah rezeki aku nak dapat kereta.Alhamdulillah..hehe. Ok la, bila aku ada benda nak cerita lagi, aku update.daa~

p/s : Kereta idaman...
Audi TT..^^

Acid dan DNA

Assalamualaikum

For about 3 weeks or more, please don't ask me about my new face. Its nothing and totally my fault and my carelessness. Pengajaran dekat sini, tolong berhati-hati semasa menggunakan asid. Sekali kena dekat kulit, pedih  dia, tak mau la aku cita. Sampai sekarang aku rasa lagi.

Today, for the first time in my life, aku duduk dekat dalam lab hampir 5 jam, dan semuanya gara-gara nak extract DNA dari sayur sawi. Tapi lab kali ni memang best, sebab melibatkan DNA. Aku memang suka benda-benda macam ni.huhu

Deoxyribonucleic Acid, DNA
Compare lab DNA extraction hari ni dengan time aku buat dekat matrik hari tu, kali ni lagi complicated. tapi still best jugak.haha. Mane tak best, kitorang berjaya dapatkan DNA untuk semua specimen yang ada. Berbaloi la duduk dalam lab selama 5 jam ni.

Err, da la. aku tak de benda nak cerita da. Ha, hari tu kitorang pergi pantai sabak. Kalau nak tahu lebih lanjut, korang baca la blog kapak ngan topet ni. Cerita diorang dah cover habis benda yang aku nak cerita. Enjoy!..

p/s : tengok tompok-tompok kat muka dengan tangan ni, buat aku rasa macam nak jadi kucing pulak.haha
p/s/s : tak boleh jadi kucing, nanti amirul, kapak dengan syafiq campak aku keluar bilik..hahaha

06 March 2011

Cabul Sebelum Rotan

Assalamualaikum.

Korang mesti pelik dengan entry aku ni kan?. Well, disebabkan aku dah lama tak baca paper, so, aku memang tak berapa nak update apa jadi kat dunia luar ni. Sampai semalam, aku diinform oleh kawan-kawan baik aku pasal cikgu cabul pelajar sebelum rotan. Jujur aku cakap, firstly, aku tak kurang ambil peduli pasal benda ni, and, aku  tak tahu apa-apa langsung pasal ni. Surprisingly, this event case happen at my school. Damn it! (hoi, mencarut!..pandai da ea?..huh)

Ni keratan akhbar tak guna yang aku jumpa,

Cabul sebelum rotan
KUALA LUMPUR: Gara-gara mahu menjadi ‘doktor’, seorang guru disiplin sebuah sekolah menengah di Ampang, di sini, diberkas polis selepas didakwa mencabul 12 pelajar perempuan, Jumaat lalu.

Difahamkan, guru lelaki berusia lewat 30-an itu mahu melakukan pemeriksaan mengenai tahap kesihatan semua pelajar terbabit terlebih dahulu sebelum merotan mereka kerana gagal hadir ke perhimpunan sekolah.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, semua pelajar terbabit dilaporkan tidak mengikuti perhimpunan sekolah kerana mendakwa mahu menyiapkan kerja sekolah di dalam kelas.

Menurut sumber, ketika guru disiplin itu melakukan rondaan, dia melihat kumpulan 12 pelajar perempuan tingkatan tiga berkenaan berada dalam kelas sebelum memarahi mereka.

“Guru disiplin terbabit mahu mengambil tindakan terhadap semua pelajar berkenaan kerana tidak mengikuti perhimpunan.


“Biarpun semua pelajar cuba menjelaskan keadaan sebenar, guru terbabit tidak mempedulikan alasan itu, sebaliknya memberitahu akan melakukan pemeriksaan kesihatan terhadap semua mereka sebelum mengambil tindakan,” katanya.

 

Sumber berkata, guru disiplin itu dengan bersahaja memberitahu akan memeriksa tahap degupan jantung mereka.

“Dia mendakwa bimbang tahap kesihatan pelajar berkenaan akan menyebabkan mereka pengsan atau mengalami masalah jika dirotan membuta tuli.


“Guru lelaki terbabit memegang payu dara semua pelajar perempuan berkenaan. Difahamkan, dia mengambil masa kurang daripada 10 saat untuk melakukan pemeriksaan bagi setiap pelajar pada peringkat pertama,” katanya.

Sumber berkata, disebabkan ketakutan, semua pelajar terbabit akur dengan tindakan guru terbabit.


“Guru disiplin terbabit bagaimanapun sekali lagi melakukan tindakan keji apabila dia mendakwa tidak berpuas hati dengan pemeriksaan kali pertama sebelum melakukannya sekali lagi.


“Kali ini, dia didakwa memasukkan tangan ke dalam baju semua pelajar perempuan terbabit. Selepas berpuas hati, guru disiplin itu merotan tangan semua pelajar dan meninggalkan kelas berkenaan,” katanya.


Sumber berkata, sebaik pulang ke rumah, pelajar perempuan berkenaan mengadu perbuatan guru terbabit kepada waris.


“Waris yang mendapatkan khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan berkenaan tampil membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah,” katanya.


Sebaik menerima laporan, sepasukan anggota polis menahan guru disiplin itu berhampiran sekolah menengah berkenaan, kira-kira jam 11 pagi Sabtu lalu .


Difahamkan, dia direman empat hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (KK) iaitu menggunakan kekerasan dengan niat mencabul kehormatan.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan selain penahanan guru terbabit.


Seriously, selama aku sekolah dekat situ, cikgu disiplin la yang paling aku admire.(haha, penipu!). tapi beliau buat aku jadi manusia. Berdasarkan statement kat atas ni, korang rasa siapa yang bersalah sebenarnya? pelajar ke guru. Bagi aku, yang bersalah sebenarnya pelajar. Nampak sangat benda ni setup. Tak logik weyh, kalau budak-budak perempuan tu da tahu nak kena raba, asal tak menjerit je? ni tak, diam, wat bodo, bagi je kene raba, lepas tu, pelajar perempuan berkenaan mengadu perbuatan guru terbabit kepada waris.(kenapa nak beritahu dekat waris, sedangkan pihak atasan sekolah ada?)

Arrgghh..tensen lak aku.. Sengal la budak-budak ni. Sekalipun korang tak suka dengan cikgu disiplin, jangan la melampau sampai macam ni. Korang tak fikir ke malu yang dia nak kena tanggung? Kalau betul dia buat sekalipun, benda paling tak logik. 12 orang la. Fikir la sikit, kalau terjadi benda macam ni, takkan tak ada sorang pun nak lapor? mesti ke benda tak senonoh camni lapor kat waris, sedangkan hampir 6 jam korang dekat sekolah sebelum balik, and dalam masa 6 jam tu, korang boleh jumpa HEP ke?, pengetua ke, ke sapa-sapa cikgu yang korang boleh percaya?. lapor benda macam ni..

Haish.. Apalah nak jadi.. Entahlah, korang baca, korang fikir sendiri.. ni point of view aku dan member-member aku.

p/s : Sumber this totally not MyMetro (header depan berapi, tapi isi....kosong!!)
p/s/s : Sangat geram dan sakit hati.
p/s/s/s : hata, adinan, wan..group chat lagi nanti..huhu

05 March 2011

Pocket Monster

Assalamualaikum.

Post aku hari ni sama dengan post roomies aku. Pocket Monster, atau aku, korang, mereka, dia, kami suka sebut Pokemon. Tak payah cakap la fenomena dia macam mana zaman aku muda-mudi dulu. Gila weyh!~ sekali da main, mahu tak bergerak dari depan lappy tu. Dan yang pasti, aku juga menerima tempias dari permainan ini. Untuk pengetahuan korang, ni je satu2 nya game PC yang aku tak bosan langsung nak main. Yang lain, tak sampai setengah jalan, aku dah buang da.

Beberapa hari yang lalu, aku rasa, aku macam dah mulakan balik fenomena game pokemon ni, sebabnya, aku beli game pokemon yang baru keluar di pasaran iaitu Pokemon Black and White.


hampir semua orang start copy game ni dari aku, and yang paling tak boleh bla, ketua kos aku boleh pulak main game ni, betul2 depan lecturer. Nampak sangat kelas tu boring..haha

Secara jujur, aku memang puas hati dengan interface game ni. Guna emulator NDS (nintendo DS), dengan kualiti grafik yang agak menarik, dan hampir kesemua gambar dalam 3 dimensi (3D). Kalau dari segi binatang dia pula, pokemon legend dia memang menarik, (aku suka yang hitam uh!). But still, the first generation pokemon are the best.


p/s : aku suka lagi main game PS2..haha (naruto, bleach dan segala jenis game yang melibatkan lawan2 dan ada kuasa..haha)
p/s/s : lapar..='(

Hoi!!

Assalamualaikum.

cet!!~ sengal nye topek. sampai hati ko tag aku!!huh..[padahal suka..(>,<) hahaha]. Ok la, sebab tak nak hampakan ekau, den jawab lah..

1. sila beritahu nama penuh kamu. tidak kisah sampai nama datuk, moyang kamu.
 Nama patik Mohd Najeh.voila~

2. kamu suka warna pink tak?
 ermm...tak! saya suka biru..(warna biru kat soalan ni cantik..=P)

3. kalau kamu ditakdirkan bertemu dengan si pemberi taggie ini, apa kamu nak cakap dengan dia?
persiapkan diri tuan hamba..haha..patik akan datang menuntut bela~

4. siapa paling comel, maher zain atau kamu?
 compare saya dengan maher zain, seo hyun la yang paling comel sekali (tatabahasa error~ignore it)


5. mana lagi sedap? kek atau aiskrim?
aduh~ soalan killer ni..aku suka kek, aiskrim pun aku suka..hmm..kek aiskrim!~wahha..

6. bila tarikh lahir si pemberi taggie ni? (kalau kamu ingat, kamu memang hebat)
walaupun dia ni kecik, tapi dia lagi tua..**.3.1991..hahaha (aku tak ingat la pulak..)

7. ain maisarah, siapakah dia? 
cuba teka?~~

8.ceritakan sejarah kamu membuat blog, ikutlah sampai perenggan pun.
pada suatu hari, burung2 pun berkicauan pada hari tu, ada yang bekerja, ada yang bergembira, sementara aku pula sedang baca blog roomies yang aku sayang ni.huhu. pastu, paham2 sendiri la..(malas aku nak cecite2..haha)........................dia suruh aku buat blog!~

9. apabila harijadi kamu, kamu nak saya(pemberi taggie ini) beri apa pada kamu?
belanja saya pizza islam dekat depan SeRaM tu..haha

10. taggie ini ada 10 soalan jadi wajib tag 10 orang ye!

sebab follower aku sikit, banyak ni je aku boleh tag..sob2~T_T..(ku tak laku..huk3)
kamu memang cute, cool dan rock la kalo jawab tag ini :)
p/s : Jangan tag aku balik!!..haha

01 March 2011

Overweight~~

Assalamualaikum

Abaikan title kat atas tu.haha. Semalam aku ade cakap pasal sistem lappy aku crash kan. Hari ni pun sama lagi, tapi nasib baik tak kacau aku punya kerja. Lagi pun tak dapat format semalam, sebab salah beli CD.adoi~.(aku terbeli CD 64 bit). Baiklah, berbalik kepada topik diatas. Overweight. Aku pasti semua orang tahu apa kemenda alah ni. Senang cakap kurus gemuk lah.

Kenapa aku naikkan topik ni?. mesti la ada sebab.haha. Tadi aku pergi Pantai Timur.(korang tau kan Pantai Timur tu apa?.ala macam The Store je.kalo The Store pun tak tahu, aku tak tahu nak cakap apa da....macam tesco bole kot?..haha). Time tengah makan aiskrim tadi, aku try main penimbang elektronik kat situ, bole tahan la, sebab mende tu ambik ketinggian sekali, siap kira BMI lagi. Cuba teka berat aku berapa?..nak tau x?..tak pe la..tak penting pun..haha

Mulai hari ni, aku rasa macam nak start diet je..haha..mane tak nya, makin naik. adoi~[mane tak naik..makan je keje..hee(>,<)]. Sekarang ni, aku da selalu jugak la turun bawah, pergi main bola tampar. Lepas ni nak start pergi gym la pulak. Kena buat azam baru ni.(nak kurus.nak kurus..yeah!!!)

berat aku naik uh!!lalala..=P

Dia ada tulis kat situ 'your ideal weight'. Aku rasa macam nak target berat tu je. InsyaAllah, aku akan cuba. Erm..

p/s : planning..planning..planning.....tup2, tak jalan..hahaha
p/s/s : banner kat atas tu macam kanak-kanak kan..=)

Crash!!

Assalamualaikum

sebelum aku punya firefox crash lagi, aku just nak beritahu yang aku nak format lappy aku, and lepas ni nak masukkan window 7 Ultimate. Tension pulak aku dengan system aku sekarang ni. Ade bug yang kacau sistem aku..argh..geramnya!!!

p/s : tension2!!~~