Assalamualaikum
Erm , apa benda aku nak cerita ni . ha!~, pasal cuti . Ok , dengan perasaan yang
happy berat , aku ingin mengumumkan cuti 4 bulan aku akan diganggu dengan aktiviti
kemasyarakatan syair~. eh , syarikat, yang aku serta 10 kawan-kawan aku yang lain telah bangunkan (macam aku punya company je..haha..ni syarikat
epul yang punya. aku Assistant General Manager je..(>,<)"keh3..eh, aku cop dulu nak jadi CEO , korang cari pangkat lain ).
Setelah bermesyuarat dan berbincang diantara board director semalam (ecece..) , kami telah bersetuju membahagi jadual
membersih kelas waktu kerja kami sepanjang cuti 4 bulan ini . Aku dapat bulan 8 , sebab? aku yang mintak . haha . saje je ambik last-last , time tu da tak banyak nak buat keje . Kalau ambik awal-awal, nak kene handle macam-macam . haha . pemalas tak aku ni?. pemalas gile kan?.
Oh~ Aaa, nama company diberi Delta Plantation , dan kami memfokuskan produk kami berasaskan tanaman . Buat jangka masa awal ni , kami ingin memberi lebih tumpuan kepada penanaman betik . dijangka untuk satu pokok tumbuh tinggi dan berbuah sehingga satu tahun . Jenis betik yang akan ditanam masih dalam perbincangan . Kami akan ke MARDI Kelantan untuk mendapatkan lebih banyak info mengenai betik , dan akan cuba untuk mendapatkan bantuan dari pihak mardi untuk membekalkan kami benih atau anak pokok betik.
Cukup la pasal company , malas aku nak cerita da. Yang aku nak tekankan dekat sini , aku tak dapat cuti yang panjang , tak boleh nak kerja , and duduk dekat sini sorang-sorang (padahal ada je membe , tapi cam tak ley nak masuk je) . Ha, da la . malas aku nak fikir benda-benda ni . buat pening kepala je . baik aku study , lagi best . Chow~~
p/s : betik baik untuk perut .