22 May 2011

Tips and Trick #6

Assalamualaikum.

Saje je aku tulis tips and trick tu . Okay , this time aku just nak bagi tips pasal beli handphone . First of all , ini just pendapat aku and also pengalaman aku sepanjang menggunakan handphone . Yang lain , depends kat korang la nak ikut ke tak . Truthfully , aku pun bukannya pakar or whatsoever term korang bagi for person yang pandai sangat pasal gadget ni , just , aku memang minat benda camnih , and just love reading ok~..hmmpph.

Tips :
1. pastikan korang beli hand phone first hand.
   aku da selalu sangat pakai second hand nye handphone , bape bulan je boleh pakai . Last-last aku trade in , sebab mende tu tak tahan .

2.budget.
   ha, part ni aku suka . sebelum korang nak beli handphone , pastikan dulu handphone ape korang nak beli , and target berapa harga handphone tu . Kalau nak pakai handphone canggih-canggih , simpanlah duit banyak sikit ye~..  


3. Original or AP ?
    part yang ni penting . terpulang kat korang nak pakai Original phone or AP phone . sebabnye , bagi aku dua-dua sama je . beza antara Ori dengan AP just dekat warranty .
--> kelebihan Ori : Ori kat sini bermaksud pengedar sah atau penjual sah bagi sesuatu model handphone yang korang beli . Contoh cam nokia , die ada tiga pengedar rasmi . yang palking femes mestila zitron , then aavax and satu lagi aku tak ingat . ape yang bagusnya ori ni , kalau handphone korang rosak , boley pergi repair dekat service centre seluruh dunia . macam nokia la , kau pakai aavax punya warranty , time tu pulak kau ade dekat india ke or somewhere else , then handphone kau rosak , kau boleh hantar service handphone kau dekat nokia service centre yang ade dekat situ . hampir semua part dalam kotak handphone tu under warranty pengedar sah . korang boleh tengok dekat sticker yang ada dekat phone , bateri , charger ngan lain-lain lagi la (ni yang kedai handphone tu bagitau aku la . haha ) . Selalunya , warranty phone ori ni setahun je .
--> kelebihan AP : aku tak ingat AP ni stand for apa , korang bole google ape mende tu . AP nye kualiti sama je cam ori , just additional part cam earphone , bateri and others , sume kedai yang sediakan . Lagi satu , warranty phone AP ditanggung sepenuhnya oleh kedai yang korang beli handphone korang . Kalau korang dapat kedai yang bagus , dia boley bagi warranty kat korang sampai dua tahun . macam aku , aku dapat warranty dua tahun untuk screen dengan firmware nokia 5800 . berbaloi gak la...
(*lagi satu , AP murah sikit..hahaha)


4: survey.
    Ni aku paling suka buat , survey . tempat yang aku suka buat survey , macam biasa la , Low Yat . lepas decide handphone ape aku nak beli , aku pergi jalan-jalan dulu dekat sane and tanya setiap kedai berapa harga dia boleh kasi untuk handphone yang aku nak . lepas puas pusing-pusing , aku rasa korang pun tau ape nak buat . Pilih kedai yang bagi paling murah and warranty yang korang puas hati .


Ni semua just pendapat dan pengalaman aku tau . Yang lain up to korang nak beli macam mana . Bagi aku , AP pun ok , untuk sesape yang budget rendah , tapi nak pakai canggih-canggih (macam aku.haha) . Tapi , pastikan korang test dulu handphone tu sebelum beli , kalau handphone tu ada kamera , try . Kalau ada gps , suruh tauke kedai tu ajar cara nak guna . Test segala apa yang ada untuk elak kena tipu .


Attention!~ , ni semua pendapat aku je . pendapat korang , tambah dekat komen ye . Cukup la takat ni dulu , lain kali aku cite pasal benda lain lak .


p/s : aku malas nak update la..salahkan cite one piece . aku da addict . Demm.=___='
p/s/s : takde topik lagi pun..haha

13 May 2011

STEAMBOATing time~~~..

Assalamualaikum

Aku rasa korang tahu kan steambot tu apa . So , tak payah la aku nak terangkan lagi . Bagi sesiapa yang tak tahu , sila tanya sahabat baik anda , Encik Google . Aku pun baru pertama kali dapat makan steambot dan sizzling (camne tah eje..) bersama kawan-kawan dari zaman sekolah . Dah lama juga kitorang tak berkumpul macam ni , last pun time hari raya je .

bertempat di kedai Thai Steamboat yang terletak di belakang galaxy ampang , kitorang tiba lebih kurang jam 6.45 petang , setelah menunggu kawan-kawan yang tiba dari shah alam dan juga bangi . aku tak nak cakap banyak , aku masukkan gambar je . haha . Kalau korang rasa nak makan kat sini , korang datang la . Sizzling + steamboat = RM 27.00 , tak termasuk air . Makan la sampai muntah . huhu..=D . Penganjur meminta kami membawa pasangan masing-masing . Memandangkan aku masih single , terpaksa jadi ehem kejap . haha














p/s : memang aku makan sampai nak muntah..haha

09 May 2011

Jalan-jalan

Assalamualaikum.

Sabtu ,  7 mei 2011 , time aku tengah baring-baring golek-golek sambil tengok one piece , satu sms masuk ajak aku keluar pergi TS (bace Time Square) untuk cari baju . Selepas berbalas-balasan sms lebih kurang beberapa minit , kitorang setuju nak gerak dari rumah pkul 2.30 . Menggunakan motor beliau dan dibawa oleh aku , kitorang memulakan perjalanan dari rumah aku menuju puncak ke sana . Beliau menyuggest (woah! ayat baru~) aku membawa beliau ke jalan yang benar TS menggunakan short cut dari pandan jaya . Ternyata , perjalanan yang selalu aku tempuhi dari rumah ke sane yang memakan selama hampir setengah jam bertukar menjadi tak sampai 15 minit pun . (demm, kenapa la tak penah tau short cut yg ni..=___+''') .

korang tau tak ape motif cerita aku hari ni ? haha . memang korang tak tau pun . Aku pernah berbicang dengan syafiq aiman mengenai kesedapan tutti frutti (betul ke eja?) . sewaktu aku sedang berjalan-jalan dari kedai ke kedai , aku terpandang satu fruit stall yang bertemakan sehijau warna daun di depan 7e tingkat 5 berhadapan dengan cosmo world . tanpa membuang masa , aku dan sahabat terus menanyakan kepada orang yang tengah menjaga stall tersebut bagaimana membeli apa yang mereka jual . tak banyak prosedur pun , ambil cup , isi la banyak mana aiskrim yang kau nak , tambah topping kat atas tu dan bayar . (precaution! sila sediakan duit yang banyak!haha)

seterusnya , kami teruskan lagi aktiviti mencari baju di semua kedai yang ada , dan akhirnya sahabat bersetuju membeli baju di RUM , tingkat 5 juga . Seterusnya , kami meneruskan perjalanan menuju ke Low Yat , dan beli la apa yang patut , kemudian balik (aku da malas nak cerita da.hahaha) . erm , ok lah , aku nak sambung tengok one piece lagi . ada 300 episode lagi untuk dihabiskan . till then..

p/s : ada gaya cerpen tak?hahaha
p/s/s : mane beliau , beliau dan beliau ???
p/s/s/s : tutti sangat sedap!!..

                                                                                       ini shazwan

05 May 2011

At last~

Assalamualaikum .

Sebelum cuti hari tu aku ada cakap pasal nak tukar firmware untuk handphone aku . Alhamdulillah , selepas aku godek-godek Mr. Google, akhirnya aku jumpa banyak tutorial untuk tukar firmware untuk handphone , dan akhirnya aku berjaya tukar Nokia 5800 Express Music aku menjadi Nokia C6-00 . Lama juga nak bagi faham tutorial dia , sebab setiap satu tutorial sangat berbeza . Lepas baca dan fahamkan tutorial yang ada , aku buat conclusion sendiri dan cuba flashing handphone tu . Kalau tak salah , aku flash lebih kurang 8 kali la juga , sebab setiap kali flash je , ade yang tak kena . sabo je la~haish..

Flashing ni macam term yang diberi untuk korang tukar firmware dekat dalam hadphone . Firmware tu pulak aku rasa macam operating system yang korang nak masuk dalam handphone tu . kot . (memandai jek..haha) . Sehingga pukul 3 pagi semalam , flashing aku yang terakhir ahirnya berjaya , but then, suddenly handphone tak boleh buka . aku punya la cuak gila semalam . siapa tak risau , kalau tak jadi , mahu melayang duit aku nak pergi hantar kedai nak repair balik . Aku biarkan dulu sampai paginya , lebih kurang pkul 8 tu , aku cek balik , still tak boleh on . habislah aku~adoi..

Last-last, aku try pasang charger , then phone tu restart . (bateri habis rupanya..buat suspen je.huh!.=___="") . Handphone tu start macam biasa , tapi dengan wajah baru , Ya!~ C6..aku da lama berminat nak pakai handphone tu . huhu . At last , dapat pun pakai . walaupun dengan handphone model lain.haha

Ni antara screenshot yang aku rajin buat..tengok sendiri la..

5800 punya interface
my new 5800 C6-00 firmware
Apa? sama je?..korang tengok gambar , memang la nampak sama je . tapi siapa yang pakai handphone ni mesti nampak beza dia dekat mana . aku tak nak tunjuk semua . korang cek sendiri kat google tu . haha . Ada banyak screensnap yang aku tangkap , tp aku tunjuk yang ni pun cukup la . Ok, aku da mengantuk . Kalau rajin , aku update lagi . daa~

p/s : bile cuti nak habis ni ?...
p/s/s : credit the tutorial to PNHT forum , forum dailymobile , youtube dan juga fikri[dot]my dalam entry dia bersama nokia 5800 kerana memberi aku semangat untuk belajar tukar firmware . lain kali, aku nak belajar cook pulak . =)