11 February 2011

merepek time!!

Assalamualaikum..

Ok lah,tiba mase untuk merepek. Da lame aku tak buat kerja2 ni. Disebabkan oleh masalah tekanan yang baru sahaja melanda diri ini, terpaksalah aku merepek.hahaha. Tekanan? siapa je yang tak tertekan. aku rasa, semua orang mesti selalu tertekan kan?. Bagi aku la, orang selalunya tertekan sebab penat ke, banyak kerja ke, tak cukup tidur ke, terlebih tidur ke, dan ape2 je lah. Sekarang ni aku tertekan sebab aku tak reti main piano. hah! ambik kau. piano punye pasal pun boleh tension.muahaha

kalau dapat beli benda alah ni.kan best!

Ahha, korang tahu tak, piano ni tercipta pada tahun 1720 an di Itali oleh Bartolomeo Cristofori. Nama asal piano ialah gravicembalo col pian e forte”atau pun dalam bahasa mat saleh disebut harpsichord with soft and loud”. (kalau nak tahu lebih lanjut, korang google la sendiri, malas nak cerita panjang). Bagi aku la, kalau aku reti main piano ke keyboard ke,boleh aku main satu lagu feveret aku & dendangkan dekat semua orang.wahha~~(nak tunjuk bakat sebenarnya.hahaha)


But still, dari korang donga bunyi piano, baik korang dengar bacaan Al-Quran. Lagi best. Sekurang-kurangnya dapat jugak pahala. Ni jugak peringatan untuk diri aku. Berenti la dengar lagu Glee tu. orang dah naik geli da. Ok lah, aku dah tak tahu nak merapu apa lagi. Dah tak ade modal da. Ade mood nak update nanti, aku isi la dalam blog ni. Right now, aku chow dulu..wahha~


p/s : aku nak start buat aku sendiri lah. ni dia -Wahha-.lalalalala..=P
p/s/s : sape suka layout baru aku? angkat tangan!!

No comments: