06 March 2011

Cabul Sebelum Rotan

Assalamualaikum.

Korang mesti pelik dengan entry aku ni kan?. Well, disebabkan aku dah lama tak baca paper, so, aku memang tak berapa nak update apa jadi kat dunia luar ni. Sampai semalam, aku diinform oleh kawan-kawan baik aku pasal cikgu cabul pelajar sebelum rotan. Jujur aku cakap, firstly, aku tak kurang ambil peduli pasal benda ni, and, aku  tak tahu apa-apa langsung pasal ni. Surprisingly, this event case happen at my school. Damn it! (hoi, mencarut!..pandai da ea?..huh)

Ni keratan akhbar tak guna yang aku jumpa,

Cabul sebelum rotan
KUALA LUMPUR: Gara-gara mahu menjadi ‘doktor’, seorang guru disiplin sebuah sekolah menengah di Ampang, di sini, diberkas polis selepas didakwa mencabul 12 pelajar perempuan, Jumaat lalu.

Difahamkan, guru lelaki berusia lewat 30-an itu mahu melakukan pemeriksaan mengenai tahap kesihatan semua pelajar terbabit terlebih dahulu sebelum merotan mereka kerana gagal hadir ke perhimpunan sekolah.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, semua pelajar terbabit dilaporkan tidak mengikuti perhimpunan sekolah kerana mendakwa mahu menyiapkan kerja sekolah di dalam kelas.

Menurut sumber, ketika guru disiplin itu melakukan rondaan, dia melihat kumpulan 12 pelajar perempuan tingkatan tiga berkenaan berada dalam kelas sebelum memarahi mereka.

“Guru disiplin terbabit mahu mengambil tindakan terhadap semua pelajar berkenaan kerana tidak mengikuti perhimpunan.


“Biarpun semua pelajar cuba menjelaskan keadaan sebenar, guru terbabit tidak mempedulikan alasan itu, sebaliknya memberitahu akan melakukan pemeriksaan kesihatan terhadap semua mereka sebelum mengambil tindakan,” katanya.

 

Sumber berkata, guru disiplin itu dengan bersahaja memberitahu akan memeriksa tahap degupan jantung mereka.

“Dia mendakwa bimbang tahap kesihatan pelajar berkenaan akan menyebabkan mereka pengsan atau mengalami masalah jika dirotan membuta tuli.


“Guru lelaki terbabit memegang payu dara semua pelajar perempuan berkenaan. Difahamkan, dia mengambil masa kurang daripada 10 saat untuk melakukan pemeriksaan bagi setiap pelajar pada peringkat pertama,” katanya.

Sumber berkata, disebabkan ketakutan, semua pelajar terbabit akur dengan tindakan guru terbabit.


“Guru disiplin terbabit bagaimanapun sekali lagi melakukan tindakan keji apabila dia mendakwa tidak berpuas hati dengan pemeriksaan kali pertama sebelum melakukannya sekali lagi.


“Kali ini, dia didakwa memasukkan tangan ke dalam baju semua pelajar perempuan terbabit. Selepas berpuas hati, guru disiplin itu merotan tangan semua pelajar dan meninggalkan kelas berkenaan,” katanya.


Sumber berkata, sebaik pulang ke rumah, pelajar perempuan berkenaan mengadu perbuatan guru terbabit kepada waris.


“Waris yang mendapatkan khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan berkenaan tampil membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah,” katanya.


Sebaik menerima laporan, sepasukan anggota polis menahan guru disiplin itu berhampiran sekolah menengah berkenaan, kira-kira jam 11 pagi Sabtu lalu .


Difahamkan, dia direman empat hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (KK) iaitu menggunakan kekerasan dengan niat mencabul kehormatan.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan selain penahanan guru terbabit.


Seriously, selama aku sekolah dekat situ, cikgu disiplin la yang paling aku admire.(haha, penipu!). tapi beliau buat aku jadi manusia. Berdasarkan statement kat atas ni, korang rasa siapa yang bersalah sebenarnya? pelajar ke guru. Bagi aku, yang bersalah sebenarnya pelajar. Nampak sangat benda ni setup. Tak logik weyh, kalau budak-budak perempuan tu da tahu nak kena raba, asal tak menjerit je? ni tak, diam, wat bodo, bagi je kene raba, lepas tu, pelajar perempuan berkenaan mengadu perbuatan guru terbabit kepada waris.(kenapa nak beritahu dekat waris, sedangkan pihak atasan sekolah ada?)

Arrgghh..tensen lak aku.. Sengal la budak-budak ni. Sekalipun korang tak suka dengan cikgu disiplin, jangan la melampau sampai macam ni. Korang tak fikir ke malu yang dia nak kena tanggung? Kalau betul dia buat sekalipun, benda paling tak logik. 12 orang la. Fikir la sikit, kalau terjadi benda macam ni, takkan tak ada sorang pun nak lapor? mesti ke benda tak senonoh camni lapor kat waris, sedangkan hampir 6 jam korang dekat sekolah sebelum balik, and dalam masa 6 jam tu, korang boleh jumpa HEP ke?, pengetua ke, ke sapa-sapa cikgu yang korang boleh percaya?. lapor benda macam ni..

Haish.. Apalah nak jadi.. Entahlah, korang baca, korang fikir sendiri.. ni point of view aku dan member-member aku.

p/s : Sumber this totally not MyMetro (header depan berapi, tapi isi....kosong!!)
p/s/s : Sangat geram dan sakit hati.
p/s/s/s : hata, adinan, wan..group chat lagi nanti..huhu

3 comments:

Anonymous said...

Bgus2x trus mengaktifkan dri anda

purple said...

hehee plants vs zombie

Edah said...

agak la.