13 July 2012

Pukul 3 pagi

Assalamualaikum

Updating for second time from this lovely home on my lovely bed accompanied by the sound of fan and wind from the outside, hujan agaknya. Aku malas nak tengok apa jadi kat luar tu. kang, lain pulak jadinya. Orait, the official training untuk bola tampar suda habis, and sekarang ni, aku just abiskan masa dalam rumah dan memasang impian nak kurus dengan memakan secara pukal dan mengetahui bahawa impian ni takkan tercapai disebabkan kemalasan aku yang sangat melampau. Serius!

Well, la ni, aku memang tak da benda nak buat selain dari mengonline FB dan Twitter dan Skype dan melayani perasaan sorang-sorang sehingga menyesal. Yup, menyesal. Kenapa aku menyesal, tolong jangan tanya, sebab semua tu da berlalu. Kenangan pahit? manis? aku pun tak tahu. Ok, satu soalan. Kenapa orang suka luahkan perasaan dekat blog eh? aku pun sama? tak paham. Tolong seseorang terangkan.

Serius aku tengah tak tahu nak tulis apa. Tapi desakan nak menulis ni tinggi. So, aku tulis apa je yang aku rasa nak tulis. Kalau rasa pelik, sila jangan teruskan bacaan.

Sekarang ni, ada seorang member aku dok tanya pasal perempuan. Jujur aku cakap, aku ni tak tahu apa pun pasal perasaan ke, cara nak mengayat ke, nak couple-couple ke, ape-ape ke, takde. Betul. #noob kaw nye. Tapi da dia mintak pendapat, so aku cakap ikut pengalaman je la. But then, bukan semua yang aku bagi tau die benda tu akan terjadi. sebab semua ni depend dekat probability je. Kalau kena, then kena. Kalau tak, just use another way. Masalah member aku ni, die nak tau punca sorang kawan perempuan dia tak nak mesej dia da. Since that girl tak nak reply mesej, therefore die risau kalau die ade buat salah. So, the worse aku bole bagi tau, take time, when the right time come, tanya. Ok kan?haha

That's all about this friend. Another story. Pasal training bola tampar hari tu. Disebab menunaikan tanggungjawab sebagai pengerusi kelab bola tampar uni, aku punya la balik awal semata-mata nak handle the official training volley tu. Bukan buat apa pun, just balik awal nak dapatkan bilik, and tak nak susahkan player yang datang training nanti. Dahlah Masum tuk volley takde, but then still kene balik untuk training. Tambah lak waktu cuti. Memang diorang loghat la nak balek. Kelantan kot. bukan nye dekat. Kalau dorang tak nak datang tu, aku bole terima la~

Untuk kawan-kawan yang sudi datang, terima kasih banyak-banyak sebab sudi hadir. Walaupun korang ada program dan macam-macam hal, tapi korang sanggup habiskan masa datang. Terima Kasih! ( Abang Z, Pali, Pali, Zaza, Wak, Kak Ami, Kak Ezzah, Kak Sya, Wanis, Aisyah, Pina and super senior, Kak Hana) Walaupun tak ramai, tapi training ni still happening. Dari pagi dah turun dan berpanas untuk menjayakan latihan ni. Terima Kasih tak terhingga (^^,)v

Oklah, sampai sini saja aku taip. Da pening da ni. Nanti, terasa nak jiwang-jiwang lagi aku update.haha. Until then~

p/s: Ada perform nasyid time training hari tu, lagu far east - cinta pertama & siratunnabi.
p/s/s: Still fright stage jugak walaupun da banyak kali buat show. -___-'

3 comments:

MardianaMulop said...

najeh mmg nooob. hahaha

Anonymous said...

sowie najeh aku xdatang.. msae tu, aku lambat tau ade training, tau pun main sampai mulut ke mulut jek..
macam x best jek nk join kan..
pastu pulak, mmg ngah xde duit sesangat.. maleh nk mnx kat mak abah, sbb ade mslah kewangan mase tu..

maaf sangat2..

Najeh said...

Mar: hahaha.cis!

Imah: tape2.aku paham.dtg pun bukan dapat ape.penat je.huhu